Categories: FeaturedGaya Hidup

7 sebab Huawei MatePad Pro perlu dimiliki

Kebanyakan wanita ketika ini bekerja dari rumah (BDR) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), justeru antara keperluan untuk membolehkan anda melaksanakan tugasan pejabat tentunya dengan mempunyai komputer berteknologi terkini dan pelbagai spesifikasi.

Huawei MatePad Pro yang baru dilancarkan hari ini, pasti memenuhi keperluan wanita bekerjaya. Selain mempunyai pelbagai teknologi terkini, Huawei MatePad Pro hadir dalam bentuk tablet, sekali gus memudahkan anda untuk bekerja di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Berbeza dengan jenama lain, Huawei yang membangunkan perisiannya sendiri, menjadikan tablet ini tidak perlu bergantung pada mana-mana teknologi. Ringan, reka bentuk menarik dan ditambah perisian yang direka khusus antara ciri yang perlu ada dalam sesebuah tablet, dan semuanya ada pada Huawei MatePad Pro.

Huawei MatePad Pro memudahkan wanita bekerja untuk bekerja dari rumah sambil menguruskan anak-anak.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keunikan tablet terbaharu Huawei ini, berikut diringkaskan tujuh keistimewaannya:

1. Peranti unggul dengan teknologi terkini

Huawei MatePad Pro ialah tablet pertama di dunia yang mempunyai paparan Huawei FullView dengan paparan 16:10 berukuran 10.8 inci dalam perkakasan paling nipis. Tablet itu juga pertama seumpamanya di dunia yang mempunyai ciri pengecasan tanpa wayar berlawanan yang membolehkan pengguna mengecas peranti lain yang mempunyai fungsi pengecasan tanpa wayar.

2. Mengubah cara melihat dan membaca dengan Huawei App Multiplier

Tablet ini mempunyai APP Multiplier, satu-satunya ciri daripada Android yang membolehkan paparan skrin berganda daripada satu aplikasi. Ciri berkenaan membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, misalnya pengguna boleh membuat perbandingan barang dalam pelbagai aplikasi pada paparan skrin yang sama.

3. Pengalaman perkongsian interaktif baharu dengan Huawei Share

Dengan meminjam teknologi EMUI10, Huawei Share membolehkan Kolaborasi Pelbagai Skrin yang merapatkan jurang antara telefon pintar dengan tablet menerusi kerjasama, pertukaran data dan kawalan pelbagai skrin. Secara tidak langsung sistem itu memudahkan telefon pintar mengakses papan kekunci, skrin dan sistem bunyi tablet.

4. Mengubah cara bekerja

Huawei MatePad Pro mempunyai ciri yang membolehkan tablet itu bertukar kepada fungsi komputer peribadi apabila dihubungkan dengan papan kekunci bermagnet. Huawei turut menawarkan penstoran 50GB Huawei Cloud secara percuma selama 12 bulan bagi kumpulan pelanggan pertama.

5. Memuat turun kandungan drama dan video dengan Huawei Video

Penggunaan memudahkan pengguna Huawei MatePad Pro.

Aplikasi ini menawarkan pelbagai pilihan hiburan tempatan dan antarabangsa seperti TVB, Mango TV, Kini TV, Daily Motion, Stingray dan dimsum. Pengguna boleh menonton lebih daripada 1,000 video dan bersempena dengan PKP, Huawei Malaysia memberikan tiga bulan akses premium percuma.

6. Kongsi perspektif baharu dengan Huawei Meetime

Teknologi eksklusif Huawei ini pertama kali diperkenalkan di pasaran yang membolehkan pengguna berkongsi skrin ketika membuat panggilan, selain mengambil nota dan mencoret perkara yang perlu dilakukan pada skrin.

7. Kadar kepuasan pengguna hampir 100 peratus

Ketika dilancarkan di China tahun lalu, Huawei MatePad Pro menerima undian hampir 100 peratus daripada pengguna yang berpuas hati dengan tablet berkenaan.

Bersempena dengan pelancarannya di Malaysia, Huawei menawarkan cenderamata kepada pelanggan yang membuat tempahan awal bernilai lebih RM1,000 seperti papan kekunci pintar bermagnet (RM499) dan Huawei M-Pencil (RM299), selain akses premium WPS office tiga bulan percuma.

Tablet ini didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Midnight Grey and Pearl White, pada harga runcit RM2,399 dengan spesifikasi 8GB RAM and 256GB ROM. Pengguna boleh melayari Huawei AppGallery https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/.  

Gambar: Kredit Huawei

Fadzlena Jafar