Categories: Trending

Stor HKL Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Satu kebakaran dilaporkan berlaku di stor Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, sebentar tadi.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Dr Nor Akma Yusuf, dalam satu kenyataan memaklumkan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak dan seterusnya memadamkan kebakaran itu.

“Pengungsian atau evakuasi pesakit, kakitangan dan pelawat dari bangunan berdekatan dijalankan mengikut prosedur. Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

“Perkhidmatan di HKL tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Punca kebakaran serta kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib,” katanya.

Tambah beliau, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan Dr Nor Akma turut meminta orang ramai jangan membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai perkara itu.

SGMS Faida