Categories: Trending

Maut Ketika Swafoto, Tertembak Atau Ditembak?

Niat untuk berswafoto dengan kawan akhirnya mengundang maut apabila pistol yang dipegang tiba-tiba mengeluarkan das tembakan! Alamak…

Kejadian yang berlaku di Selatan India ini kini masih dalam proses siasatan, pihak berkuasa masih menunggu laporan forensik sebelum melengkapkan siasatan sama ada tembakan dilakukan secara sengaja atau tidak.

Timbalan Komisioner (Rohini), Rajneesh Gupta berkata, laporan itu akan menentukan sama ada mangsa dibunuh atau ditembak secara tidak sengaja.

Sebaik kejadian itu berlaku, mangsa Vijay Singh yang bergambar dengan rakan dikenali sebagai Monu telah melarikan diri.

Walau bagaimanapun, Vijay bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Siasatan awal mendapati kedua-dua pemuda itu tidak mempunyai lesen pemilikan senjata api.

Dalam kejadian itu, sepupu mangsa yang berusia 12 tahun, Monu tiba di kediaman mereka bersama pistol pada kira-kira pukul 9 malam.

“Monu terus ke bilik Vijay, ketika itu saya di ruang tamu dan perbualan antara Vijay dan Monu seolah-olah mereka sedang bermain dengan pistol dan mengambil gambar,” kata kanak-kanak perempuan itu.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian terdengar bunyi kuat dari arah bilik Vijay dan sebaik tiba di situ dia melihat sepupunya terbaring di lantai dengan kesan tembakan pada leher.

 

SGMS Faida