Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 5, 2024 @ 12:49pm

Suami BCL Didakwa Seleweng Dana Syarikat Bekas Isteri Sebanyak RM1.7 Juta

Suami kepada pelakon dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), Tiko Aryawardhana didakwa telah menyeleweng dana syarikat bekas isterinya, Arina Winarto iaitu PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS) sebanyak RM1.7 juta.

Difahamkan, Tiko didakwa melakukan penyelewengan itu antara 2015 sehingga 2021 ketika memegang jawatan sebagai pengarah syarikat perusahaan makanan dan minuman tersebut .

Memetik laporan Kompas, Arina selaku pemilik dan pemegang saham syarikat berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Jakarta Selatan, baru-baru ini.

Sementara itu, peguam kepada Arina, Leo Siregar menyatakan Tiko bertindak sebagai pengarah urusan, manakala Arina mengeluarkan modal menjadi pengarah, selain pemegang majoriti saham syarikat.

“Tiko mempunyai kuasa penuh menguruskan kegiatan syarikat, termasuk kewangan, Arina lebih pasif dan hanya mahu melihat urusan syarikat berjalan lancar.

“Bagaimanapun, Tiko menyatakan hasrat menutup syarikat atas alasan tidak mampu membayar sewa pada 2019.

“Memandangkan dokumen keuntungan dan kerugian mencurigakan, Arina mula menyiasat dan membuat laporan bahawa dokumen dimanipulasi.

“Arina kemudian melakukan siasatan dan audit, sebelum mendapati dana RM1.7 juta digunakan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambah Siregar, Arina juga telah membuat laporan polis pada 2022 kerana Tiko gagal menjelaskan audit syarikat dan kini sedang dalam tindakan pihak berkuasa.

Menurut polis Jakarta Selatan, AKBP Bintoro, perkara itu masih dalam siasatan dan sedang dalam proses pengumpulan bukti.

“Saat ini masih dalam siasatan, sekarang sedang mengumpulkan bukti dan siasatan menyeluruh akan dilakukan,” katanya.

Sekadar info, Tiko dan Arina pernah mendirikan rumah tangga pada 26 Jun 2014, namun berpisah pada 28 Oktober 2021.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata perempuan termasuk sepasang kembar.

Namun, Tiko dan BCL telah berkahwin pada 2 Disember tahun lalu.

Sumber: AGENSI, Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

“Tak Perlu Tunggu Jadi Baik” – Aliff Aziz Ajak Peminat Selawat 1,000 Kali Sehari

Aliff Aziz ajak peminat berselawat 1,000 kali selama 40 hari

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

Hiburan Sat, 10 Jan 2026
Trending Sun, 27 Aug 2023
Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Featured Sun, 21 May 2023
Trending Thu, 15 Mar 2018

Halang Laluan Pejalan Kaki, Romah Makan Terlajak Laris Milik Jutawan Aliff Syukri Diserbu MBPJ!!!

Datuk Seri Aliff Syukri, sekali lagi diuji apabila restoran miliknya yang beroperasi di Jalan PJU 5/20e, Kota Damansara, diserbu penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

error: Content is protected !!