Categories: Trending

Suami Orang Pakai Tudung, Kantoi ‘Skodeng’ Dalam Tandas Wanita

Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dicekup selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam tandas perempuan di sebuah pasar raya di Masai, Pasir Gudang tular di media sosial, baru-baru ini.

Lelaki tersebut ditangkap oleh orang awam selepas dia bertindak menyamar sebagai wanita dengan memakai tudung dan selipar wanita.

Memetik laporan Kosmo, video berdurasi satu minit 49 saat itu menunjukkan lelaki iaitu suspek dipegang lelaki lain sambil kedengaran suara seorang wanita meminta kata laluan untuk membuka telefon bimbit suspek.

Tindakan wanita itu dipercayai untuk memeriksa rakaman tidak senonoh dilakukan lelaki itu yang dipercayai merakam video wanita menggunakan tandas berkenaan.

“Kau jangan bohong, aku rembat muka kau kan, tak payah acah-acah, perangai kau macam tahik kau tahu tak,” hambur wanita tersebut.

Dalam pada itu, terdapat juga seorang lelaki lain yang memeriksa suspek berkenaan.

“Kaki berinai, siap bertudung berjanggut masuk tandas perempuan rakam gambar, kau nak jadi apa, kau dah kahwin ke belum?” soal lelaki tersebut.

“Saya tak tahu kepala otak saya macam ini,” jawab suspek yang mengakui dia sebenarnya sudah beristeri.

Video tersebut dirakam di sebuah pasar raya sebagai bukti untuk diserahkan kepada polis bagi siasatan selanjutnya.

Syamir Shafie