Categories: Trending

“Sudah Lama Saya Fikirkan…” Shuib Umum Tinggalkan Hot FM

Berbaki empat hari sahaja lagi, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad memutuskan untuk meninggalkan konti Hot FM selepas dua tahun berkhidmat sebagai penyampai radio.

Perkara tersebut diumumkan oleh Shuib sendiri semasa Geng Pagi Hot bersiaran pada pagi Isnin.

Menurut Shuib, 37, keputusan ini diambil kerana mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga dan perniagaan yang dijalankan beliau.

Nafi dilamar stesen radio lain

Desas-desus mengatakan beliau telah dilamar oleh stesen radio lain adalah tidak betul sama sekali apabila beliau sebelum ini juga pernah meninggalkan stesen radio lain.

Bagi Shuib, nekad meninggalkan stesen radio Hot FM kerana beliau mahu fokus terhadap perniagaan dan keluarga memandangkan anak-anak semakin membesar dan mereka perlukan perhatian.

“Selain memajukan perniagaan, saya mahu fokus kepada keluarga terutama anak-anak. Mereka pun semakin membesar dan saya perlu memberi tumpuan dan membuat perancangan buat mereka,” katanya.

Terdahulu, Shuib memulakan kerjaya bersama Hot FM pada Februari 2019 dan digandingkan bersama Shuk Sahar dan Fizie dalam segmen Geng Pagi Hot bersiaran dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi.

Salma Syahbuddin