Categories: Trending

Peniaga Bimbang, Waktu Operasi Sehingga 8 Malam Punca Ramai Yang Gulung Tikar

Semenjak pelaksaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada 13 Januari lalu, ramai peniaga mahupun khidmat penghantar makanan mengeluh apabila waktu operasi dipendekkan sehingga jam 8 malam sahaja.

Ini kerana, sebanyak 70 peratus hasil jualan dilaporkan merosot malah, ada peniaga yang terpaksa gulung tikar gara-gara tidak mampu meneruskan perniagaan mereka.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, tempoh perniagaan dari jam 6.00 pagi sehingga 8.00 malam yang diberikan sepatutnya dilanjutkan sehingga 10.00 malam.

“Rata-rata penghantar makanan datang selepas Maghrib, mereka beratur macam pasar malam untuk ambil pesanan makanan. Tetapi kami tutup jam 7.50 malam, memang tempoh itu sangat kritikal dan kami sebagai peniaga tidak menang tangan.

Malah, beliau juga berpendapat bahawa dengan lanjutan waktu operasi, pelanggan dan peniaga juga dapat membeli dan sekaligus menambah pendapatan terutamanya ketika waktu puncak.

Sumber : Buletin TV3, Awani

Salma Syahbuddin