Categories: Trending

“Sudah Tentu Ada Senarai Kegemaran…” – Utamakan Disiplin, Penerbit Elak Pelakon Bermasalah

Penerbit drama, Jaja Ishak mengakui setiap produser mempunyai senarai pelakon kegemaran tersendiri.

Pelakon yang sering mengutamakan disiplin di set penggambaran mempunyai lebih banyak kesempatan untuk mendapat tawaran di masa akan datang.

“Semestinya semua penerbit mempunyai pelakon kegemaran mereka. Jika wujudnya pelakon yang sendu, bermasalah dan berlagak, sudah pasti setiap penerbit ada pelakon yang menyenangkan mereka.

“Lebih baik bekerjasama dengan pelakon yang berdisiplin kerana ia menyenangkan kerja ramai pihak. Bukan sahaja penerbit, ia juga memudahkan krew dan pelakon lain di set penggambaran,” katanya.

Penerbit drama bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini itu mengulas mengenai dakwaan pihak penerbit sudah mempunyai pelakon kegemaran mereka sehingga menyukarkan sesetengah artis untuk mendapat tawaran lakonan.

Tidak berselindung, Jaja yang merupakan penerbit drama Budak Sena ini mengakui perkara ini berlaku disebabkan oleh sikap sambil lewa segelintir pelakon

“Secara jujur, sudah tentunya saya ada senarai pelakon kegemaran saya sendiri. Saya senang dengan perangai mereka yang tidak banyak songeh dan sering memudahkan.

“Perkara ini bukan baru sahaja terjadi dan ia berlaku kerana masalah dan sikap segelintir pelakon. Sebenarnya, tak ada masalah untuk bekerja dengan pelakon lain, asalkan mereka memudahkan dan berdisiplin,” katanya.

Padin