Categories: Trending

“Keluarga Lebih Penting Dari Segala-Segalanya” – Manchester United Mengumumkan Cristiano Ronaldo Tidak Turut Serta Dalam Perlawanan Menentang Liverpool

Pemain bola sepak hebat, Cristiano Ronaldo tidak akan berlawan menentang pasukan Liverpool di dalam Premier League berikutan kehilangan salah seorang anak kembarnya yang baru lahir, semalam.

Pada bulan Oktober yang lalu, Ronaldo dan pasangan, Georgina Rodriguez mengumumkan bahawa mereka mengandung anak kembar.

Namun, penyerang Manchester United itu berkongsi berita sedih di Twitter bahawa bayi lelakinya tidak dapat diselamatkan dan telah meninggal dunia.

“Dukacita dimaklumkan yang bayi lelaki kami telah meninggal dunia. Kesakitan ini sangat perit buat mana-mana ibu bapa. Hanya kelahiran bayi perempuan kami memberikan kami kekuatan untuk mengharungi saat ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat di atas sokongan dan khidmat mereka. Kami bersedih di atas kehilangan ini dan memohon tidak diganggu dalam saat sukar ini,” kata Ronaldo dan Rodriguez dalam satu kenyataan bersama.

Menurut kenyataan dari Manchester United, mereka turut berduka cita dengan pengumuman berita sedih itu.

“Keluarga lebih penting dari segala-galanya dan Ronaldo perlu bersama orang-orang yang tersayang pada waktu sukar ini.

“Oleh itu, kami mengesahkan bahawa beliau tidak akan turut serta dalam perlawanan menentang Liverpool di Anfield pada Selasa petang dan kami hormati permintaan keluarganya untuk tidak diganggu,” ujarnya.

Keputusan perlawanan Manchester United menentang Liverpool di Anfield adalah 4-0. Manchester United tidak berjaya menjaringkan gol.

Maya Basir