Categories: Trending

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Beri Kata Semangat Buat ‘Frontliners’

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menerusi satu hantaran di laman Facebook baginda menzahirkan kata-kaat semangat buat petugas perubatan di semua hospital di negeri tersebut.

Kata-kaat semangat itu dizahirkan menerusi satu poster yang turut ditandatangani secara peribadi oleh baginda berdua.

Manakala, poster tersebut telah diserahkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu oleh Ketua Pegawai Media Royal Press Office (RPO) Ravi Nambiar dan Penolong Pengarang Berita RPO, Muhd Nazri Azmi sebelum diedarkan kepada hospital di seluruh daerah.

Malah, Raja Zarith Sofiah juga bertitah poster mengandungi kata-kata semangat itu adalah  sebagai penghargaan dari  keluarga diraja Johor atas jasa dan usaha berterusan kakitangan perubatan di negeri itu merawat Bangsa Johor yang dijangkiti Covid-19.

“Kami berharap kata-kata semangat ini sedikit sebanyak terus membakar semangat kakitangan barisan hadapan dalam menyampaikan perkhidmatan mereka…”

Terdahulu, keluarga diraja Johor juga telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan seperti peralatan perubatan dan makanan asas kepada golongan yang memerlukan terutamanya mereka yang terkesan akibat krisis ini.

Sumber : Facebook Official Sultan Ibrahim

Salma Syahbuddin