Categories: Trending

MySejahtera Vaccination Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini

Bagi meningkatkan tahap keselamatan orang ramai untuk membendung wabak COVID-19, MySejahtera bakal melancarkan perincian MySejahteraVaccination akhir bulan ini.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan Kementerian Kesihatan, Dr Mahesh Appannan, MySejahtera Vaccination dilancarkan bagi memastikan proses vaksinasi dapat dikendalikan dengan lancar.


Katanya, rangkaian proses seperti pendaftaran, jadual suntikan vaksin dan pemantauan akan dilaksanakan menerusi aplikasi berkenaan.


“Kita sarankan siapa yang belum muat turun aplikasi MySejahtera untuk berbuat demikian supaya apabila tiba pelaksanaan program vaksinasi, ia dapat dijalankan dengan lancar” 


“Selain itu, kita dapat kendalikan proses pengesanan kontak dan penilaian kendiri dalam kalangan pesakit COVID-19, sekali gus memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa terjamin.


“Bagi mereka yang positif, setiap maklum balas daripada laporan kendiri ini akan dikemukakan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi pemantauan harian.


“Setiap hari pada jam 9 pagi, mereka perlu menjawab soalan penting,” katanya dalam takimat media secara maya pada Isnin.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”