Categories: FeaturedTrending

Susu Lipas Lebih Baik Daripada Susu Lembu? Anda Berani Atau Geli Nak Minum?

Mungkin ramai di antara anda yang tidak pernah dengar tentang susu lipas dan tidak tahu bahawa lipas juga boleh menghasilkan susu. Ya, ini kenyataan!

Sebuah syarikat di Cape Town, Afrika Selatan telah menghasilkan susu daripada lipas dan menjualnya. Syarikat tersebut Gourment Grubb menjual sejenis susu khas yang dibuat daripada serangga ternak sebagai superfood dikenali sebagai Entomilk.

Menurut syarikat itu, salah satu manfaat paling utama Entomilk ialah kandungan protein tinggi dan kaya dengan mineral seperti besi, zink dan kalsium.

Foto: Next Nature Network

Entomilk telah berada di pasaran sejak dua tahun diberi nama Cockroach Milk yang dihasilkan daripada lipas Diploptera Punctate jenis vivipariti. Lipas jenis ini biasanya terdapat di pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii, satu-satunya lipas yang diketahui membawa kepada kelahiran hidup bukan bertelur.

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik India pada tahun 2016 mendapati bahawa, susu lipas dianggarkan mengandungi lebih dari tiga kali tenaga jisim susu lembu yang sama. Wow!

Bagaimanapun, menurut saintis susu tersebut masih belum dijual di pasar raya kerana masih belum dapat kepastian susu ini selamat untuk diminum.

Adoi! Kalau penulis memang tak sanggup nak minum susu lipas ini! Sekirana ada dijual anda nak minum tak?

Sumber: MyNewsHub

tex_admin