Categories: Trending

Syor Pertimbang Bantuan Sara Hidup Sebanyak RM1,200 Bagi Tempoh 6 Bulan Untuk Kategori B40

Selepas Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu, terdapat segelintir pihak yang berasa bimbang berkemungkinan pelan tersebut tidak mencapai matlamatnya jika kerajaan tidak peka dan responsif terhadap keadaan dan keperluan rakyat.

Justeru, pihak Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam memohon kerajaan agar mempertimbangkan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM1,200 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

Ia termasuklah pemberian subsidi upah buat usahawan mikro, kecil dan sederhana sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan dan tanpa potongan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Manakala, semua bentuk premis, termasuklah premis perniagaan yang menerima manfaat moratorium diberikan penangguhan bayaran sewa dan tidak membenarkan tindakan pengusiran atau pengisytiharan muflis selepas moratorium berakhir dalam tempoh 6 bulan tersebut.

Selain itu, NGO juga memohon agar kerajaan memperkenalkan Waktu Anjal Bekerja (WAB) kerana ia dapat mengurangkan kesesakan pada waktu bekerja bagi membendung penularan Covid-19 berbanding memendekkan waktu perniagaan.

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin