Categories: Trending

“Sampai Bila Nak Pijak Kaum Wanita…?” – Naim Daniel Beri Pandangan Mengenai…

Penyanyi lagu popular Sumpah, Naim Daniel, tampil memberikan pandangan beliau mengenai wanita yang lebih berpendidikan,  berharta dan mempunyai kedudukan.

Bagi Naim, beliau tidak kisah jika calon isterinya satu hari nanti adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri tersebut dan mempunyai kedudukan lebih bagus daripadanya.

Malah, mentaliti sebegini tidak harus ada dengan meletakkan taraf kaum wanita lebih rendah daripada lelaki.

“Sampai bila nak pijak kaum wanita dan meletakkan mereka pada tahap yang standard atau mendatar sahaja. Kenapa kaum lelaki tidak menganggap ianya sebagai satu persaingan sihat…?”

“Apa kata sama-sama menuju ke arah benda yang baik untuk kita punya self improvement.  Sebab tidak wujud sebarang masalah pun…”

Menurut Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, lelaki dan wanita harus saling melengkapi dan kaum lelaki tidak sepatutnya rasa tercabar dengan wanita sebaliknya perlu menyokong mereka.

“Kalau saya dapat isteri suatu hari nanti, itu adalah tanggungjawab saya sokong apa saja untuk isteri serta kakak atau adik perempuan kita mengejar cita-cita yang boleh menaikkan daya keyakinan mereka”

“Buat apa nak risau kalau dapat kekasih atau isteri yang berkedudukan kaya. Saya sukakan wanita yang berkerjaya, berilmu dan suka mencari ilmu kerana perkara itu sebenarnya meningkatkan moral kita”

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya itu, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat beliau bahawa wanita dan lelaki harus saling melengkapi antara satu sama lain.

 

Salma Syahbuddin