Bacaan Yasin Serentak Di TV3 Pecah Rekod, Raih 1.3 Juta Penonton

Siaran program bual bicara, Tanyalah Ustaz yang disiarkan pada 1 Jun lalu di TV3 berjaya meraih 1.3 juta penonton, siaran itu membawakan bacaan Yasin serentak bagi mendoakan kesejahteraan rakyat berdepan penularan pandemik COVID-19.

Segmen yang dibawakan  oleh Ustaz Sheikh Abdul Karim Al-Makki; Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud, mulai jam 6.30 pagi itu merekodkan 52.5 peratus syer penonton berdasarkan laporan Nielsen Audience Measurement.

Program Tanyalah Ustaz Istimewa : Doa Untuk Malaysia dimulakan dengan bacaan Yasin secara langsung dibawakan da’i dan panelis jemputan bertauliah.

Sesi tadabbur ini akan dibawa selama seminggu oleh lima ilmuan Islam bertauliah seperti Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab; Dr Muhammad Lukman Ibrahim; Ustaz Mohammad Asraff Ayob; Prof Mohd Farid Ravi dan Ustaz Mohamad Zarifi.

Tanyalah Ustaz diterajui dua penerbit eksekutif berpengalaman Ruzmi Kamaruddin dan Ahmad Noor Sulaiman serta penerbit, Fauzana Ainuddin Radzuan dan Shamsimar Saidan Khaderi.

Maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook (FB), Instagram (IG) dan Twitter di @TV3Malaysia.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”