Categories: Trending

Pukul Isteri Hamil Hingga Koma, Peniaga Mengaku Tidak Bersalah

Seorang suami yang bekerja sebagai peniaga dan mempunyai tiga isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri keduanya.

Kejadian yang berlaku pada 4 Mei lalu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin pada kira-kira jam 6 pagi itu  menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.

Bagaimanapun, tertuduh Rosmaini Abd Raof, 38, tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim VM Mabel Sheela.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Mahkamah kenakan jaminan sebanyak RM30,000

Memetik laporan dari Awani, Timbalan Pendakwa Raya bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM30,000 berikutan keseriusan kes yang menyebabkan isteri tertuduh dilaporkan koma selain ianya sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Namun tertuduh merayu agar jaminannya dikurangkan kerana dia menanggung empat isteri dan tujuh orang anak.

Terdahulu, mangsa yang dikenali sebagai Jahidah Nordin@Sylvester, 43, mengalami kecederaan serius apabila tertuduh memukul  bahagian kepala dan muka sehingga mengalami pendarahan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan mangsa hingga mengalami kecederaan serius.

 

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin