Trending By: Padin October 5, 2021 @ 6:18pm

Tak Alami Kesan Sampingan, Sasha Saidin Dah Cucuk 4 Dos Vaksin

Anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin, 44, yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suami, Sirhan Wahab mendedahkan sudah menerima empat dos vaksin Covid-19 di negara terbabit.

Tidak mengalami kesan sampingan, Sasha yang berpindah ke sana selepas berkahwin dengan suami pada Januari tahun lalu sudah menerima dua dos vaksin Sinopharm dan dua dos vaksin Pfizer.

“Walaupun tiada paksaan untuk mengambil dos penggalak, namun melihat pelbagai varian baru yang semakin agresif membuatkan saya enggan merisikokan diri.

“Saya menerima dos pertama Sinopharm pada Disember tahun lalu dan dos kedua Sinopharm pada Januari lalu. Kemudian, saya menerima dos pertama dan kedua Pfizer pula pada Ogos lalu.

“Saya mengambil dos penggalak (booster dose) ini kerana kerajaan UAE menyarankan penduduk yang mengambil vaksin Sinopharm sebelum ini untuk mengambil dos penggalak jenis Pfizer.

“Alhamdulillah, saya tidak berdepan sebarang kesan sampingan teruk selepas mendapatkan dos penggalak kedua pada 29 Ogos lalu.

“Saya percaya setiap saranan yang dibuat pasti melalui proses kajian yang terperinci dan pihak berwajib juga tidak akan keluarkan saranan ini sewenang-wenangnya.

“Lagipun melihat kepada varian baru yang semakin mengganas, pasti ini adalah salah satu langkah terbaik,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Sasha, rata-rata penduduk di sana sudah kembali menjalani kehidupan normal seperti biasa apabila kes jangkitan virus Covid-19 mencatatkan angka rendah setiap hari.

“Jumlah kes positif Covid-19 di sini terkawal iaitu kira-kira 300 saja setiap hari. Kebanyakan aktiviti sudah mula dibuka dan berjalan seperti biasa.

“Kebanyakan pengangkutan awam sudah tidak perlu mengamalkan penjarakan fizikal. Rata-rata penumpang sudah boleh duduk bersebelahan tapi wajib memakai pelitup muka.

“Sekolah juga sudah dibuka sejak bulan lalu. Kanak-kanak di sini juga sudah digalakkan untuk mengambil vaksin.

“Namun, jika ada ibu bapa yang tidak mahu anak mereka menerima vaksin mereka perlu membawa anak masing-masing menjalani ujian saringan setiap minggu untuk hadir ke sekolah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Jul 2019

“Gotta Tapao Them All” — Every Sabahan and Sarawakian to Gardenias Before Flying Back From Peninsular

Apparently Uncle Slocumm’s recipe is considered a luxury in East Malaysia? Are the rumours trumors?

Featured Mon, 9 Aug 2021

“Akak Bagi Free Je, Awak Adik Akak” – Dedah Perbualan Dengan Siti Sarah, Uqasha Senrose Terkilan Hajat Tak Kesampaian

Berita pemergian penyanyi, Siti Sarah Raisuddin memberi kesan yang mendalam buat ramai yang pernah mengenali beliau secara dekat termasuk pelakon jelita, Uqasha Senrose. Uqasha yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi mendedahkan hajatnya untuk […]

Featured Wed, 5 Jan 2022

‘Scammer’ Kini Berani Buat Panggilan Video Palsu Guna Wajah Pegawai Polis

Polis mengesan satu sindiket penipuan dalam talian ‘Macau Scam’ yang disyaki membuat panggilan video palsu menggunakan gambar wajah pegawai polis. Menurut laporan daripada Bernama, anggota sindiket akan memaklumkan mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram […]

Featured Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana.

Featured Wed, 2 Jun 2021

Pilih Nama Klasik, Ain Edruce Dedah Wajah & Nama Anak Perempuan

Tahniah diucapkan buat pengacara dan pelawak Ain Edruce yang kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan pada 19 Mei lalu. Semalam, menerusi laman Youtubenya, Ain buat pertama kalinya mendedahkan wajah serta nama anak sulungnya […]