Categories: Trending

Tak Suka Kalah, Selamat Tinggal Real Madrid…

Bagi peminat arena bola sepak, ini mungkin berita sedih buat anda. Selepas memenangi Liga Juara -Juara Eropah tiga kali berturut-turut, jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane mencipta kejutan dengan berkata, dia akan meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu.

“Saya memilih untuk tidak lagi menjadi jurulatih Real tahun depan,” katanya kepada wartawan. Dia juga tidak berhasrat mencari kelab baru selepas ini.

“Kelab ini berhak untuk terus menang dan perlukan perubahan,” katanya dan menurutnya lagi masanya sudah tiba.

“Selepas tiga tahun, kelab ini memerlukan sentuhan baru. Saya tak nampak diri saya untuk terus menang tahun ini. Saya tak suka kekalahan,” kata Zidane yang kontraknya tamat pada 2020.

“Saya telah memikirkan perkara ini sedalamnya dan saya tak boleh berpatah balik.

Real menewaskan Liverpool 3-1 di Kiev, Sabtu lalu menjadikan Zidane, 45, jurulatih pertama dalam sejarah menjuarai Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut.

Zidane sekarang memiliki sembilan trofi sejak menggantikan Rafael Benitez di Santiago Bernabeu pada Januari 2016.

Sumber: AFP

SGMS Faida