Categories: TECHTech News

Tak Lama Lagi Korang Boleh Buat Avatar Watak Sendiri Di Facebook

Pastinya ramai di antara kita sukakan ciri avatar pengguna dalam bentuk animasi kan? Bukan saja comel, malah unik jika dikongsi dengan rakan-rakan! Setakat ini, ciri ini hanya boleh ditemui dalam smartphone seperti Samsung Galaxy S9, iPhone X dan beberapa aplikasi eksklusif.

Jika sebelum ini kita telah melihat Snapchat mengambil alih Bitmoji untuk mengintegrasikan ciri membuat avatar animasi pengguna tersendiri, kini Facebook pun sama!

Ciri baru ini dilihat mula dibangunkan melalui kod-kod pembangunan pada aplikasi Facebook untuk Android. Ciri yang dipanggil sebagai Avatar, membolehkan pengguna menghasilkan sticker yang boleh digunakan pada Messenger dan ruangan komen di Facebook.

Dengan Facebook Avatar, pengguna boleh merakam gambar dan membuat banyak perubahan dari warna kulit, style rambut dan macam-macam lagi sebelum menghasilkan watak mereka sendiri.

Langkah ini sekaligus dijangka akan menjadikan pengguna lebih aktif berinteraksi dalam aplikasi berkenaan. Selain, memberikan lebih personaliti unik kepada sticker yang digunakan pengguna.

Bagaimanapun, kami juga belum tahu bila ciri baru ini akan dilancarkan secara rasminya kepada semua. Harap-harap tak lama lagi. Tak sabar nak ada avatar sendiri!

Sumber | Ditulis oleh SGMS Epul

 

SGMS Enal