Categories: HiburanSelebriti

Syura Hidap Penyakit Misteri, Punca Badan Semakin Susut?

Penyanyi yang dulunya pernah dikhabarkan mengalami penyakit misteri ketika itu pernah mengadu bahawa dirinya pernah mengalami kesukaran untuk menyanyi, kerap sakit kepala dan muntah darah. Namun, Syura mengatakan bahawa penyakitnya itu telah pulih sepenuhnya apabila rakan artis yang juga rakan rapat beliau iaitu bob Yusof membawa beliau menjalankan rawatan tradisional. 

” Alhamdulillah selepas Bob bawa saya pergi berubat secara tradisional, tak ada perkara yang aneh berlaku. Cuma berat badan sahaja yang turun. Alhamdulillah, saya pun tak alami benda ganjil atau mimpi pelik-pelik seperti sebelum ini.” Katanya

Sumber : instagram @syurabadron

Punca Badan Semakin Susut?

Penyanyi ini memberitahu, berat badan beliau semakin susut akibat penurunan berat badan beliau daripada 60kg  sehinggalah ke 49kg kerana mengikut diet yang betul.

Sumber : instgarm @syurabadron

“Kalau ikutkan ini adalah berat badan 49kg yang sesuai untuk saya. Masa saya dalam program realiti nyanyian, berat saya dalam 60kg, Saya tak letak sasaran pun. Tapi ada amalkan diet yang sihat. Bulan puasa ni pun saya makan tapi mengikut peringkat seeprti yang disarankanoleh doktor.” Jelasnya

Syura berkata demikian apabila ditemui pada Majlis Tayangan Perdana sebuh program raya di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Salma Syahbuddin