Categories: FeaturedGaya Hidup

Tanam Sayuran Anda Sendiri Dengan Teknik Mudah Ini, Tak Perlu Lagi Beli Di Pasar

Supaya diet kita seimbang, kita mesti makan sayur. Kalau boleh setiap kali makan tengahari dan malam, mesti ada sayur.

Jangan lupa untuk ajar anak anda untuk biasakan juga ya. Barulah sihat.

Dan kalau anda gemar memasak, ramuan seperti bawang dan halia memang kena ada.

Tahukah anda, yang anda boleh tanam dan tumbuhkan sendiri sayur-sayur seperti ini? Senang saja! Anda tak perlu ladang atau kawasan bertanah. Sedikit tanah dan pasu kecil pun dah cukup.

Video di bawah ini akan mengajar anda cara-cara untuk menanam bawang besar, bawang putih, halia, daun salad, bok choy, daun bawang, daun pudina, daun basil, saderi dan juga avokado!

Bila dah ada “kebun” anda sendiri, nanti tak perlulah anda ke pasar untuk beli barangan runcit. Berminat? Jom belajar.

Sumber: Tips & Tricks

Ad Ops