Categories: FeaturedParenting

Boleh Cuba Menu Pasta Ini Kalau Anak Anda Dah Bosan Makan Bubur Nasi

Pasti ada dalam kalangan ibu di luar sana yang bingung menyediakan makanan bagi tambat hati anak untuk makan kan? Biasanya bila anak sudah masuk umur 1 tahun, selera makannya akan berkurang kerana mereka sibuk untuk bermain dan explore sesuatu yang baharu.

Jangan tak tahu, seusia mereka juga sudah pandai untuk memilih makanan ya! Jadi pada anda yang selalu bagi menu bubur nasi pada anak, mungkin anda boleh tukar kepada menu pasta ini. Ini merupakan resepi pasta yang dikongsikan oleh seorang ibu, Red Amy di laman Facebooknya.

Foto: Kaley Ann

Bahan-bahan:

Baby pasta

Lobak 

Tomato

Unsalted butter

Cheese

(semua bahan-bahan disukat mengikut citarasa anda)

Cara-caranya:

1. Rebus pasta dengan mengikut arahan pada bungkusan.

2. Potong dadu lobak, rebus dan jadikan puri. Kalau anda nak kukus pun boleh.

3. Kukus tomato sehingga lembut, buang kulitnya kemudian lenyek sehingga hancur.

4. Panaskan kuali dan tumis tomato tadi bersama unsalted butter, kemudian masukkan cheese. Guna api yang perlahan, takut hangit pulak!

5. Apabila anda sudah masukkan cheese, padamkan api sambil kacau perlahan sehingga cheese cair.

6. Apabila sudah siap, campurkan pula puri lobak dan pasta yang sudah direbus. Kacau sehingga sebati.

7. Siap untuk dihidangkan pada si comel anda!

Mudah sahaja kan? Penulis percaya, anak anda pasti suka dengan menu pasta ini. Kalau nak variasi, anda juga boleh campur puri brokoli dan labu. Pasti si manja anda makan dengan penuh berselera!

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Red Amy

tex_admin