Categories: Eat TravelSemarak

Ini Cara Paling Mudah Untuk Buat Ais Krim, Tak Perlu Guna Ice Cream Maker!

Bulan Ramadan ini ketika waktu berbuka puasa, macam-macam rasanya nak makan. Lebih-lebih lagi kalau pencuci mulut, memang membuka selera.

Tengok pula budak-budak makan ais krim, lagilah terliur! Kalau nak beli ais krim yang dijual di pasaran dalam bekas plastik seperti jenama Wall’s, makin mahal sekarang!

Itu baru jenama yang biasa-biasa; kalau jenama antarabangsa seperti Ben & Jerry’s dan Häagen-Dazs, jangan cakaplah.

Daripada beli mahal-mahal, anda boleh saja cuba buat sendiri ais krim di rumah. Jika anda tahu resipi yang betul, tak payah pun pakai ice cream maker. Pakai freezer biasa pun boleh.

Ramuan basic yang anda perlu ada ialah 400 gram susu manis, dan 2 cawan krim putar atau krim berat (heavy cream).

Selebihnya, anda boleh tambahkan apa saja perisa atau ramuan yang anda nak. Serlahkan kreativiti anda!

Kacau dulu susu dan krim dengan hand mixer sampai rata, kemudian tambahkan ramuan perisa. Kacau lagi sebelum memasukkan adunan itu ke dalam bekas dan sejukkan di dalam freezer selama 3 ke 4 jam. Dah siap!

Video di bawah ini menunjukkan cara-cara untuk membuat 4 jenis ais krim berlainan yang anda boleh pelajari.

Antaranya adalah Strawberry Cheesecake, Cookies N’ Cream, Cookie Dough dan Brownie Caramel. Mmm, dengar nama pun dan terliur! Peminat dessert memang akan gemar resipi-resipi ini.

Ais krim ini memang sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut, lebih-lebih lagi bila kita duduk di negara yang bercuaca panas. Kanak-kanak pun akan suka!

Jom cuba!

Sumber: Tasty

Ad Ops