Categories: TECHTech News

Cara Untuk Aktifkan Fungsi Rakaman Skrin Pada iPhone

Ramai pengguna iPhone yang tidak tahu cara mengaktifkan fungsi rakaman skrin pada iPhone. Ini Kerana, fungsi Screen Recorder sememangnya tidak asing lagi pada peranti pintar kerana sebahagian daripada model sudah siap terpasang fungsi tersebut. iPhone juga turut menyediakan fungsi perakam skrin tanpa memerlukan anda muat turunapa-apa aplikasi daripada Appstore.

 Cara untuk mengaktifkannya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Pertama sekali masuk ke menu Setting

 

Seterusnya buat carian untuk “customise Controls” seperti berikut dan klik pada fungsi tersebut

Apabila muncul paparan seperti dibawah, tap pada menu Screen Recording untuk memasukkannya pada paparan Control Centre

 

maka pada bahagian Control Centre akan muncul menu khusus untuk merakam Skrin. apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menekan pada menu tersebut dan skrin iPhone akan terus dirakam.

 

Berikut contoh skrin yang dirakam

 

Selamat mencuba!

SGMS Putri