Trending By: SGMS Faida March 2, 2018 @ 7:57am

Takziah Keluarga Mendiang Evelyn Gek Suan

Salam takziah buat keluarga peserta Klang City International Marathon 2017, Evelyn Ang Gek Suan yang parah dilanggar sebuah kereta Proton Iswara pada Disember tahun lalu.

Wanita berusia 44 tahun itu meninggal dunia awal pagi tadi selepas bertarung nyawa hampir tiga bulan. Dalam kejadian yang menyayat hati itu, Evelyn dilanggar dari arah belakang di Batu 2, Jalan Kapar yang menyebabkan kecederaan parah.

Mendiang yang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh sejak 10 Disember lalu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.13 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kematian mangsa melalui satu panggilan telefon dari Pondok Polis Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 6.50 pagi. 

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia awal pagi tadi (semalam) oleh doktor setelah hampir tiga bulan di rawat di hospital berkenaan.

“Punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan teruk pada kepala akibat kemalangan tempoh hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, larian bermula dari Stadium Pandamaran, Klang pada jam 4.30 am dan beberapa mangsa terlibat adalah Evelyn Ang Gek Suan, 44, Amiruddin Hamid, 37, serta Ahmad Hadafi Jus, 42.

Evelyn Ang parah di bahagian kepala dan rahang, Amiruddin cedera di kepala dan Ahmad Hadafi mengalami kecederaan di kaki.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Dec 2022
Trending Fri, 10 Dec 2021

Kaunter Diskaun Bayar Saman Polis & JPJ Ditutup Serta Merta, Penganjur 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Kena Kompaun RM1,000

Dek kerana gagal memastikan penjarakan fizikal serta menjadi penyebab kesesakan di hari pertama acara, penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dikenakan kompaun bernilai RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan […]

Hiburan Mon, 21 Aug 2023

Kejelitaan Inca Medina Tarik Perhatian, Ramai Tawar Diri Nak Jadi Menantu Malique – “Cantik, Senyuman Sama!”

Aduhai manisnya Inca Medina ni 😍 Cantik sangat senyuman dia ☺️ Anak dah muncul, bapa bila nak munculkan diri? 🫣

Trending Fri, 20 Nov 2020
Featured Mon, 7 Nov 2022

[VIDEO] Tak Tertekan Soal Jodoh, Elfaeza Ul Haq Syukur Dihindari Maksiat – “Saya Tak Gemar Lelaki Suka Saya..”

Elfaeza tenang belum bertemu jodoh meskipun usia menghampiri 40 tahun ❤️