Featured By: Fatin Nurain July 3, 2023 @ 2:22pm

Buletin FM Tampil Dengan Nama Baharu, ‘Kool 101’ Bakal Hiburkan Pendengar Bermula 3 Julai Ini

Stesen radio Buletin FM kini melaksanakan transformasi penjenamaan dengan beralih kepada sebuah jenama baharu iaitu, Kool 101, bermula 3 Julai, hari ini.

Dengan taglinenya ‘Semasa dan Sosial’, Kool 101 akan tampil membincangkan isu semasa dan memberikan informasi yang lebih segar dan intelek secara santai serta mudah difahami.

Menurut Nazri Noran selaku Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), penjenamaan stesen radio ini dilakukan kerana selaras dengan perubahan masa terkini.

”Jika dahulu kita tukarkan Kool FM kepada Buletin FM kerana bersesuaian dengan situasi semasa ketika itu di mana kita berdepan dengan penyebaran wabak COVID-19.

“Jadi segala informasi yang kita sampaikan ketika itu bersesuaian dengan keadaan semasa terutamanya kepada masyarakat yang ingin fokus membuat perniagaan kecil sebagai inisiatif untuk mereka kembangkan lagi perniagaan mereka.

”Sekarang habit setiap masyarakat dah berubah, jadi kita ubah cara penyampaian tapi masih lagi berfakta dan berikan informasi yang tepat. Cara penyampaian itu akan lebih terkini dan sesuai dengan semasa,” katanya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Nazri ketika ditemui di majlis pembaharuan penjenamaan Kool 101, di sekitar Kuala Lumpur, hari ini.

Dari segi segmen, Kool 101 kini tampil dengan segmen Pagi On Point yang dikendalikan oleh Haiza dan Muaz, bermula 6 pagi hingga 10 pagi.

Manakala, Hanif dan Marsila pula akan mengendalikan segmen PM Kool 101 yang akan bermula jam 2 petang hingga 7 malam.

Kool 101 boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Para pendengar juga boleh mendengar Kool 101 secara live streaming di vww.kool101.audio dan YouTube Kool 101 TV.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Dec 2018
Featured Fri, 10 Mar 2023

4 Hero Terperangkap, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir Bakal Menyentuh Hati Penonton

Sedih tengok pengorbanan mereka 😢 Jangan lupa saksikan di Majalah 3, isnin depan jam 9 malam

Featured Mon, 30 Jan 2023

“Best Ke Mabuk-Mabuk? Bukan Dah Ikut Tabligh?” – Tular Video Berhibur Di Kelab Malam, Netizen Persoal MK K-Clique

Alamakkk, betul ke ni? Ada yang dakwa MK pergi kelab malam setiap hari?? 🥵

Trending Tue, 8 Dec 2020

Orang Ramai Diminta Tangguh Rancangan Balik Kampung Jika…

Bak kata pepatah melayu, “sudah terhantuk, baru nak terngadah”

Featured Tue, 31 Mar 2020

Vivy Yusof mohon maaf, anggap komen disalah tafsir

Warganet mahu boikot produk duCK