Categories: Trending

Tampil Mohon Maaf, Jurusolek Sambilan Mengaku Sebar Gambar Anak Tok Ti.

Seperti yang anda tahu, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti telah melahirkan seorang bayi perempuan pada Isnin lalu. Namun, berita kegembiraan tersebut menjadi kontroversi apabila gambar anaknya telah tular di laman sosial gara-gara pihak yang tidak bertanggungjawab. Berikutan isu tersebut, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut melahirkan rasa kekecewaannya dan tampil menjelaskan bahawa gambar yang tular itu adalah gambar anaknya. 

Isu ini juga telah menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak, agaknya siapa sebenarnya yang tular gambar anak Tok Ti? Berikutan itu, jurusolek sambilan, Wan Noor Akmal Wan Yusof telah tampil memohon maaf dan mengaku bahawa dirinya yang telah memuat naik wajah anak Tok Ti di laman Facebooknya. Menurut Wan Noor Akmal, dia tidak mengetahui bahawa keluarga Tok Ti hanya akan berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran. Niatnya hanya ingin berkongsi kegembiraan dan tidak menyangka status perkongsiannya menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Kalau dari awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya,” katanya. 

Foto : Facebook Wann Arianna

Menurutnya lagi, dia mendapat gambar dan video tersebut daripada rakan menerusi aplikasi Whatsapp. Bagi menjernihkan keadaan ini, dia menyatakan niatnya untuk bertemu dengan pihak Tok Ti bagi memohon maaf dan ingin menjelaskan perkara yang sebenar. 

“Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti,” jelasnya.

Jadi, pada anda semua jadikan ini sebagai pengajaran tau! Minta izin dulu baru upload OK!

Sumber: Astro Awani

tex_admin