Categories: Gaya Hidup

Jom Sejukkan Tekak Anda Dengan ‘Inside Scoop’! Lebih 31 Perisa Yang Boleh Anda Cuba

Ais krim merupakan dessert yang disukai oleh semua orang, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Betul tak? Bila dapat makan ais krim waktu cuaca tengah panas, mesti sejuk je kan tekak? Perisa coklat, jagung, strawberi dan vanilla antara perisa yang biasanya menjadi pilihan bagi penggemar ais krim. Kini, pelbagai inovasi telah dibuat oleh pengeluar ais krim untuk menghasilkan pelbagai perisa yang mampu menarik ramai penggemar ais krim.

‘Inside Scoop’ antara salah satu kedai ais krim yang popular di Kuala Lumpur dengan menjual lebih daripada 31 perisa tau! Menariknya, perisa yang dihasilkan mengikut citarasa rakyat Malaysia dan yang pasti sangat sedap! Antara perisa yang terdapat di  ‘Inside Scoop’ seperti pineapple tart ice cream, dark chocolate brownie ice cream, cempedak ice cream, durian ice cream dan banyak lagi! 

Foto: Instagram Inside Scoop

Di ‘Inside Scoop’ ini juga menjual Handmade Waffles Cones yang boleh dinikmati bersama perisa ais krim kegemaran anda. Hanya RM2 je tau! 

Foto: Instagram Inside Scoop

Foto: Instagram Inside Scoop

Nampak sedap kan! Jom tengok gambar perisa ais krim yang dijual di ‘Inside Scoop’ ini pula. Mesti lepas ni anda terus nak cuba!

Pineapple Tart Ice Cream

Foto: Instagram Inside Scoop

Durian Ice Cream

Foto: Instagram Inside Scoop

Mandarin Oranges Ice Cream

Foto: Instagram Inside Scoop

Watermelon Ice Cream

Foto: Instagram Inside Scoop

Cempedak Ice Cream

Foto: Instagram Inside Scoop

Sebenarnya banyak lagi tau perisa yang ada. Anda kena pergi sendiri ke ‘Inside Scoop’ ini untuk rasa kesedapan dan keunikan ais krim yang mereka jual! Jangan risau, ‘Inside Scoop’ mempunyai 21 cawangan di seluruh Malaysia, jadi anda boleh cari yang berdekatan okay! Anda juga boleh follow Instagram ‘Inside Scoop’ untuk keterangan lanjut. Selamat mencuba! 

Sumber: Inside Scoop

tex_admin