Categories: Trending

Tan Sri Vincent Tan Nafi Berjaya Air Punca Kematian Pekerja MAS

 Pengarah Berjaya Group  Tan Sri Vincent Tan menyalahkan pihak berkuasa lapangan terbang berikutan sikap kecuaian mereka yang membabitkan insiden kematian seorang pekerja Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)  di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada hari Isnin. 

Tan Sri Vincent Tan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Mohd Ruzaimi Iskandar tetapi menafikan dakwaan bahawa Berjaya Air Sdn Bhd menjadi punca utama dalam insiden kemalangan yang melibatkan pesawat persendirian dan sebuah kenderaan yang dinaiki mangsa. 

Lelaki yang dipercayai berusia 39 tahun itu meninggal dunia 2 hari selepas menerima rawatan intensif di sebuah hospital swasta. 

“Saya dan pihak krew Berjaya Air berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar setelah menerima pelbagai kritikan negatif di laman sosial yang menyalahkan pihak kami. Segala dakwaan ini adalah tidak berasas dan palsu. Punca utama kepada insiden ini terletak pada pihak berkuasa lapangan terbang” kata Tan Sri Vincent Tan dalam satu kenyataan rasmi.

Walaubagaimanapun, beliau berkata syarikat Berjaya Air akan  memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan pihak berkuasa. 

Beliau turut berharap bahawa insiden seperti ini dijadikan pengajaran buat pihak berkuasa lapangan terbang agar lebih berhati-hati serta berjanji untuk mendermakan wang sebanyak 50,000 kepada keluarga Ruzaimi. 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”