Trending By: Salma Syahbuddin June 29, 2020 @ 10:00am

Tarikh Baru SPM Bermula 6 Januari 2021

Perhatian buat semua calon!

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat penjadualan semula buat kali kedua takwim peperiksaan di bawah kementerian dengan tarikh peperiksaan SPM dipinda pada 6 Januari hingga 9 Februari 2021.

Sebelum ini, peperiksaan SPM telah dijadualkan pada16 November sehingga 7 Disember ini.

Manakala, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) yang dijadualkan bermula pada 23 hingga 30 Jun bagi ujian bertulis dan lisan telah dipinda pada tarikh baharu iaitu pada 17 Ogos hingga 30 September ini.

Berikut merupakan takwim tarikh pindaan kali kedua yang dibuat oleh KPM.

Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa yang dijadual pada 22 Jun ini pula dipinda ke 4 Februari tahun depan manakala Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) dari 5 Oktober kepada 18 November ini.

Sementara itu, Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa yang dijadual pada 22 Jun ini pula dipinda ke 4 Februari tahun depan manakala Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) dari 5 Oktober kepada 18 November ini.

Persedian rapi kepada pelajar sebelum menghadapi peperiksaan

Sumber : Google

Menurut KPM, keputusan ini diambil agar pelajar mempunyai masa yang cukup dan membuat persedian yang rapi sebelum menduduki peperiksaan.

” Ia termasuklah, mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut termasuk memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2021 yang akan dimaklumkan kelak

“Dan ianya penting bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan dengan lancar” – KPM

Terdahulu, penjadualan semula peperiksaan kali pertama dibuat pada 28 Mac lalu selepas Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Mar 2018

Terlalu Sebak, Ziana Zain Menangis Ketika Persembahan

Penyanyi terkenal, Ziana Zain tidak mampu menahan air mata ketika menanyikan lagu popularnya, Puncak Kasih pada Malam Anugerah Mood Republik di Hotel JW Marriot semalam. Ziana tidak mampu meneruskan nyanyian dan hanya membiarkan muzik berlalu begitu sahaja. Walaupun begitu, penonton yang menyaksikan persembahan tersebut tetap memberi kata-kata semangat dan join menyanyi sekali. 

Trending Wed, 17 Oct 2018

Suunto 9 Menampilkan Fit Intelligent Technology

Mempunyai pelbagai teknologi pintar seperti bateri pintar yang direka untuk bertahan sehingga 120 jam, peringatan pintar dan ciri Suunto’s FusedTrack, yang menggabungkan GPS dan data sensor

Hiburan Thu, 11 May 2023

Slam Mengubat Rindu Peminat Dengan Konsert Nurkasih Ogos Ini

Wah memang tak sabarlah nak tunggu konsert ni

Featured Sun, 2 Sep 2018

Anugerah Berprestij ABPBH Kembali Lagi, Jom Undi Artis Kegemaran Anda!

Tahun lepas, Fattah Amin dah menang kereta. Tahun ini siapa pula?

Featured Wed, 26 Oct 2022