Hiburan By: Khairil Khusyairi August 4, 2023 @ 2:10pm

Mak Wan Latah Sedih Dah Setahun Tak Dapat ‘Job’ – “Stesen TV Asyik Tanya Berapa Followers”

Pelakon veteran, Mak Wan Latah mendedahkan hampir setahun dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan dek kerana kontroversi lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud berkata, pelbagai alasan yang diberikan pihak produksi apabila disoal peluang tawaran berlakon.

“Buat masa ini, saya tidak buat apa-apa, sudah lama tidak menjalani penggambaran drama. Saya tidak tahu apa alasan, cuma mungkin ada kaitan dengan kontroversi lalu.

“Apa yang berlalu biarlah berlalu. saya tidak mahu ingat lagi. Saya kena bina semula hidup walaupun akaun bank pun tinggal kosong.

“Apa yang ada dalam fikiran saya tawaran berlakon kerana saya perlukan duit untuk bayar rumah, kereta dan membeli ubat-ubatan.

“Saya pernah bertanya peluang tawaran berlakon, namun jawapan yang diberikan pihak produksi adalah pilihan pelakon ditentukan stesen televisyen (TV) dan jumlah pengikut media sosial,” katanya.

Dalam masa sama, Mak Wan turut mempersoalkan mengapa wujudnya pilih kasih apabila wajah pelakon veteran sama yang menghiasi kaca TV.

“Saya sudah 24 tahun berlakon, tetapi bila ditanya, alasan stesen TV minta nak tengok media sosial.

“Mereka hanya ambil nama besar sahaja. Saya bukannya dengki, tetapi apa salahnya berkongsi rezeki.

“Ini tidak, balik-balik wajah sama. Apa jadi dengan kami yang tiada peluang pekerjaan ini. Dapat berlakon satu episod pun saya sudah bersyukur,” luahnya.

Lantaran itu, Mak Wan terpaksa menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menyara kehidupannya.

“Sebelum ini, saya berniaga di Uptown. Malam ini, saya akan ke Pulau Pinang untuk berniaga pelbagai jenis makanan termasuk sambal hitam, biskut dan bawang goreng.

“Sudah mula berniaga sejak lima tahun lalu. Kalau saya tak berniaga, siapa nak bagi saya makan. Takkan nak minta dengan anak-anak.

“Mereka juga ada komitmen sendiri,” kongsinya.

Terdahulu, Mak Wan terpalit dengan kontroversi antaranya termasuk kes meludah dan pecah amanah bekas pembantu peribadinya.

Lebih panas, turut berdepan pelbagai tohmahan apabila bekas suaminya mendedahkan dia mempunyai akhlak yang tidak baik.

Kemudian, timbul pula pendedahan lain dibuat seorang wanita dalam Twitter yang mendakwa Mak Wan melakukan sihir kepada neneknya kerana cemburu.

Tidak lama selepas itu, tular sebuah video yang merakam gelagat Mak Wan berkaraoke dalam tempoh edah.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 May 2019

明明坐着上班,为什么会那么累?

工作党们有没有这样的体验,朝九晚五的一天下来,感觉要腰要累断了……

Trending Wed, 25 Mar 2020

“Inilah Masa Wanita Single Atau Yang Sukakan Laki Orang Pergi Pasaraya,” – Gurauan Michael Ang Cuit Hati Rakan Artis Dan Netizen

Menerusi siaran langsung Pengumuman Rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, beliau telah mengumumkan tempoh Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 1 April dilanjutkan sehingga 14 April. Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini, […]

Hiburan Tue, 13 Feb 2024
Featured Thu, 26 Aug 2021

Tiada Pengumuman Kabinet Menteri Hari Ini

Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan tiada sebarang pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan jemaah kabinet. Ismail Sabri Yaakob tiba di pejabatnya, di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 3.38 […]

Events Thu, 12 Jul 2018

Dai Penyambung Legasi Dakwah Membuka Tirainya Untuk Musim Ke 6

Para Dai bagi musim kali ini akan dinilai berdasarkan juri tetap sebanyak 80% yang merangkumi pengisian Al-Quran dan Hadis (30%), gaya dan susunan isi (30%), kreativiti persembahan (20%), dan murabbi sebanyak 20%.