Categories: Trending

Tarikh Permohonan Pengeluaran KWSP Akaun 1 Akhirnya Diumumkan

Individu yang layak boleh memohon pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1, mulai bulan depan. Manakala, pengeluaran pertama akan dilaksanakan mulai Januari 2021.

Menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di Twitter Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, program i-Sinar yang telah diumumkan oleh KWSP adalah kesinambungan program i-Lestari (pengeluaran simpanan akuan 2).

Syarat pengeluaran

Bagi pengeluaran di bawah i-Sinar, syarat pengeluaran adalah terbahagi kepada kategori simpanan Akaun 1 bawah RM90,000 dan kategori simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000.

Bagi kategori ahli KWSP yang memiliki simpanan bawah RM90,000, ahli boleh membuat pengeluaran secara beransur selama 6 bulan sehingga maksimum RM9,000 – Dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000 dan pengeluaran bulan seterusnya pada tahap maksimum RM1,000 sebulan.

Manakala, bagi kategori ahli yang mempunyai simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000 pengeluaran dibenarkan secara ansuran selama 6 bulan maksimum RM60,000. Tertakluk kepada pengeluaran pertama sehingga RM10,000 dan bulan berikutnya pada tahap RM10,000 sebulan.

Ringankan beban dan keperluan rakyat

Tambahnya lagi, kerajaan berharap agar pendekatanini dapat meringankan beban aliran tunai dan dapat memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi krisis Covid-19.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP, anda boleh layari www.kwsp.gov.my

Sumber : Twitter

Salma Syahbuddin