Categories: Trending

Tempoh Rayuan Bantuan BPR Dibuka Mulai 15 Jun Ini Sehingga…

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Bagi pemohon yang gagal, pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan.

“Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di https://bpr.hasil.gov.my atau penghantaran borang rayuan BPR 2021 secara manual di cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berhampiran secara janji temu,” katanya.

Menurutnya, selepas pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3).

Terdahulu, dalam Program Pemerkasa Tambahan pada 31 Mei 2021, kerajaan telah memperkenalkan BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada.

Salma Syahbuddin