Categories: Trending

Kaji Semula SOP Jika Kes Harian Turun Bawah 4,000 – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan risiko jangkitan harian seluruh negara dapat diturunkan.

Justeru itu, kerajaan akan menilai semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu jika jumlah jangkitan harian Covid-19 negara mencatatkan bawah 4,000 kes.

“Bukan bermakna kita tamatkan PKP 3.0, tetapi kita kaji semula dari segi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sama ada ia boleh dilonggarkan sedikit”

“Saya tak janji longgarkan (PKP 3.0) tetapi ia semua bergantung pada nasihat KKM menerusi penilaian risiko yang dibuat,”
Menurutnya, ia selepas mendengar laporan dari Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan apabila jumlah jangkitan harian negara turun kepada 4,000 barulah PKP 3.0 akan dikaji semula.
KKM juga akan menilai risiko dan menasihati Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mesyuarat khas apabila jangkitan harian turun kepada 4,000 kes.

“Kita berdoa supaya lepas esok kes menurun sehingga 4,000 supaya kita boleh kaji semula PKP 3.0.

“Bukan untuk tamatkan PKP 3.0 tetapi kaji semula SOP yang diketatkan,” katanya.

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin