Categories: Trending

[VIDEO] Angka Covid-19 Makin Meningkat, Malaysia Negara Kedua Paling Teruk Di Asia Tenggara

Angka kian bertambah, masyarakat Malaysia kena lebih prihatin.

Nampaknya gelombang kedua Covid-19 kian membimbangkan rata-rata masyarakat Malaysia. Namun, kesedaran dan keprihatinan masyarakat kita berhubung isu ini masih lemah.

Mana taknya, Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) merekodkan 9 lagi kes baharu positif Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah pesakit kian meningkat menjadi 117 kes  setakat ini.

Sumber : Google

[VIDEO] COVID-19 Makin Mengganas! Rakyat Malaysia Diarah Keluar Dari Makkah

Menurut, Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit yang dikenali sebagai kes ke 101 merupakan seorang ahli perniagaan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Iran sebelum ini.

Sumber : Google

Dan, menurut laporan yang dipetik dari NST pesakit tersebut telah berkunjung ke Iran pada 20 Februari hingga 27 Februari 2020 bersama rakannya yang lain dan menunjukkan simpton penyakit ini pada 5 Mac 2020 sehinggalah disahkan positif Covid-19 pada 8 Mac lalu. 

Manakala dua dari 117 pesakit ini dilaporkan sedang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sejak Ahad. 

Untuk dapatkan maklumat lanjut, anda boleh saksikan Buletin Utama di TV3 setiap jam 8 malam.

 

Salma Syahbuddin