Categories: Oh Lawa

Jom hasilkan kombinasi palet mekap dalam bekas fon

Orang perempuan kalau diberi beg sebesar guni pun barang kali masih tidak cukup untuk memuatkan barangan mereka. Selagi boleh sumbat, mereka akan cuba dengan jayanya walaupun tidak semua berkelakuan seperti itu.

Jadi usah pelik kalau melihat tas tangan mereka penuh dengan segala macam benda. Dengan barangan soleknya, dompet, telefon bimbit, kunci, tisu, sikat, krim pelembap wajah dan bermacam-macam lagilah.

Bagaimana agaknya cara supaya wanita dapat menjimatkan ruangan tas tangan supaya beg yang mahal itu tidak kelihatan seperti tempat pelupusan sampah!

Salah satu idea, mungkin wanita memerlukan FaceCase Smartphone Makeup Case yang bukan hanya berfungsi sebagai bekas telefon tetapi juga palet mekap.

Akan tetapi berdasarkan kebanyakan ulasan yang dibuat, kualiti barangan mekap yang didatangkan bersama bekas telefon ini tidak begitu berkualiti. Warnanya tidak tahan lama, bahkan status selamat digunakan juga diragui?

Bagaimanapun gabungan bekas telefon dan palet mekap dilengkapi cermin ini, dilihat sebagai satu idea yang efisien dan menarik.

Mungkin anda boleh mengolah kesesuaiannya dengan menggantikan ruangan pembayang mata terdapat pada bekas telefon itu dengan pembayang mata daripada palet mekap kegemaran anda.

Dengan cara ini anda dapat menjimatkan ruangan beg tanpa perlu membawa set palet mekap yang sesetengahnya terlalu besar. Malah tidak perlu panik kerana semuanya ada di belakang telefon bimbit anda!

Video inovasi kombinasi palet mekap dalam bekas fon

Sumber: YouTube

Yanie Baharom