Categories: Trending

[VIRAL] “Saya Tak Menyesal Bunuh Dia, Saya Puas,”- Akibat Pengaruh Filem Horror,Remaja 15 Tahun Bunuh Budak 6 Tahun

TAK SANGKA!

Selepas melakukan pembunuhan terhadap rakannya yang berusia 6 tahun, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun nekad menyerah diri di balai polis! Kejadian yang berlaku di Sawah Besar, Jakarta Pusat ini ternyata mengejutkan orang ramai. Apa yang lebih menyeramkaan, remaja perempuan itu mengakui bahawa dirinya tidak berasa menyesal membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa itu bahkan dia berasa puas. 

“Suspek  mengakui bahawa dia berasa puas melakukan pembunuhan itu dalam keadaan sedar dan dia berasa puas,”

Apabila ditanya tentang perasaannya selepas membunuh kanak-kanak itu, dia menjawab, “Saya puas,”

Remaja perempuan itu datang menyerah diri di balai polis pada hari Jumaat yang lalu. Siasatan awal menemui bukti remaja perempuan itu melakukan pembunuhan ketika kanak-kanak itu datang ke rumahnya pada hari Khamis (5 Mac 2020) Suspek telah mengumpan mangsa supaya mengambil makanan di dalam bilik mandi. Sewaktu kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik mandi, suspek mengambil kesempatan untuk membunuh kanak-kanak itu. 

Menurut pihak polis, pada asalnya suspek ingin membuang mayat mangsa tetapi disebabkan tidak berdaya untuk mengangkat mangsa, suspek telah bertindak untuk menyimpan mayat mangsa di dalam almari. 

Menurut sumber portal Indonesia, suspek telah menjelaskan bahawa dia membunuh kanak-kanak itu kerana terpengaruh dengan filem seram yang pernah ditontonnya pada tahun lalu. Namun pihak polis masih lagi melakukan sisatan terhadap pengakuan suspek dan mengelasifikasikan kes ini sebagai satu kes unik. 

Terdapat beberapa bukti telah ditemui di kediaman magsa. Antaranya, nota-nota dan buku diari yang menceritakan tentang kesedihan dalam bahasa Inggeris. 

 

 

 

 

Pihak polis telah memanggil pakar psikitari untuk memeriksa keadaan suspek. Segala nota dan diari yang ditemui telah diserahlan kepada pakar psikitari untuk diselidik. 

 

Selain itu, suspek juga mengakui bahawa keinginannya untuk membunuh sudah lama ada, namun dia menahan hasratnya itu sehinggalah Khamis lalu. Sebelum ini, suspek gemar bermain dengan binatang selepas itu dia akan membunuh binatang tersebut. Susoek pernah menyucuk seekor katak dengan menggunakan garpu dan mencampak kucingnya ke lantai daripada tingkat dua. Seramnya!

Menerusi diari suspek, terdapat satu karakter yang sering dilukis di di dalam diari tersebut. Karakter tersebut ialah Salnder Man, satu waktak di dalam filem seram tentang penculikan remaja. Selain itu, mangsa juga telah mengakui gemar menonton filem horror seperti Chucky. 

Siasatan masih lagi dijalankan terhadap suspek untuk mengetahui bahawa dia mempunyai masalah jiwa ataupun sebaliknya. 

Video Ibu Mangsa Meratapi Kematian Anaknya

Sumber: Thereportermy & CNN Indonesia

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover