Trending By: Attiqah Mohd April 29, 2020 @ 2:06pm

[Terkini] Berkuatkuasa Hari Ini, PKP Fasa Ke-4 Beri Kebenaran Keluar Berdua

Nampaknya, rakyat Malaysia boleh menarik sedikit nafas lega apabila fasa ke-4 PKP bermula hari ini.

Dalam satu kenyataan rasmi, kerajaan telah memberikan kebenaran buat ketua keluarga yang keluar membeli barangan keperluan sepanjang tempoh PKP untuk membawa seorang lagi ahli lain bersama.

Peraturan yang membenarkan ahli keluarga itu berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 12 Mei depan.

Peraturan tersebut telah diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Boleh keluar berdua di hospital atau klinik

Buat individu yang ingin keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula, dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah.

Boleh bergerak melebihi 10km jika barangan keperluan tiada dalam jarak rumah

Walaupun, orang ramai dibenarkan bergerak 10km dari jarak rumah namun kelonggaran turut diberikan jika barangan keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak 10 km rumah masing-masing.

Kebenaran itu berdasarkan kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.

Buat mereka yang ingin keluar membeli barang keperluan, patuhi peraturan yang disediakan dan terus amalkan jarak sosial. Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Tonton berita lanjut:

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Jul 2021

Harry Khalifah Bersama 4 Artis Beri Bantu Kepada Golongan Memerlukan

Penyanyi dan komposer, Harry Khalifah bersama Ezad Lazim, Floor 88, Syafiq Farhain dan Danial Zaini mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Mereka menubuhkan Pertubuhan Generasi Muafakat Malaysia (PGMM) untuk membantu mereka […]

Featured Sun, 6 Nov 2022
Trending Wed, 15 Nov 2017

THESE 5 OMG FACTS ABOUT OIL RIGS WILL BLOW YOUR MIND AWAY

Seeing as Malaysia is a country known for oil and gas, it is important that we learn more this industry even if we’re not directly involved with it.

Featured Mon, 1 Aug 2022

Mimpi Dipatuk Ular Tedung, Belum Rezeki Zul 2By2 & Intan Maya Untuk Timang Anak – “Isteri Alami 2 Kali Keguguran”

Semoga Zul & Intan Maya dijauhkan daripada segala perkara buruk serta dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata ❤️

Hiburan Fri, 17 Nov 2023