Categories: Trending

[Terkini] Empat Orang Serumah Dibenarkan Menaiki Kenderaan Sama

Wah, nampaknya ada berita baik buat mereka yang mengamalkan “carpool”

Dalam sidang media PKP hari ini, Menteri Kanan Dato Seri Ismail Sabri turut menjelaskan isu mengenai kenderaan persendirian.

Antara garis panduan PKPB pada hari esok adalah kenderaan persendirian dibenarkan membawa maksimum empat orang penumpang daripada keluarga dan rumah yang sama.

Justeru, buat mereka yang berada di dalam rumah yang sama tidak ada masalah untuk mereka menaiki kenderaan sama dan tidak timbul isu penjarakan sosial.

“Mungkin ada yang cuba bawa kawan, ada yang ingkar. SOP (prosedur operasi standard) ini mesti dipatuhi dan sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tonton video penuh di bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”