Categories: Trending

[TERKINI] London Underground Jadi Sarang Penyebaran Covid-19

Para doktor memberi amaran bahawa pengangkutan keretapi bawah tanah di London Underground berpotensi menjadi ‘sarang’ penyebaran koronavirus atau kini dikenali sebagai Covid-19.

Amaran berjaga-jaga itu telah dikeluarkan selepas seorang wanita tempatan menjadi individu ke-9 disahkan positif virus tersebut. Malah, doktor juga mengatakan kebimbangan sekiranya hab pengangkutan itu menjadi faktor utama penyebaran virus Covid-19.

Sumber : Google

Menurut Dr Robinson dari Universiti Oxford, penyebaran virus adalah lebih tinggi sekiranya kes awal berada di kawasan yang padat dengan penduduk dan transmisi orang ke orang akan menjadi lebih cepat.

“Secara umum, jika kes berada di kawasan yang padat penduduk, maka risiko transmisi orang ke orang yang berterusan adalah lebih tinggi. Ini diburukkan oleh fakta bahawa London adalah hab pengangkutan dan lokasi bawah tanah dapat menyediakan rangkaian untuk penyebaran virus  dengan lebih cepat” Katanya.

Sumber : Google

Terdahulu, seorang wanita yang baru dari China beberapa hari lalu telah disahkan dijangkiti Covid-19  dan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di UK sebanyak 9 orang.

Untuk maklumat terkini berhubung Covid-19, anda boleh saksikan Buletin Utama, TV3.

Salma Syahbuddin