Categories: Trending

[Terkini] Malaysia Catat Kes Kematian Ke 21 Hari Ini, COVID-19 Ragut Nyawa Peserta Kluster Tabligh

Susulan wabak Coronavirus, Malaysia kini mencatatkan 21 kematian. Perkara itu diumumkan menerusi ciapan daripada KKM Putrajaya. 

Kematian ke 21 merupakan pesakit ke-1588 yang merupakan seorang warga tempatan berumur 63 tahun dan mempuntai latar belakang penyakit kronik. Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

Menurut kenyataan daripada KKM lagi, beliau telah bergejala dan hadir saringan pada 22 Mac dan dimasukkan ke Hosp Sultanah Bahiyah, Alor Setar, pada 23 Mac selepas didapati positif COVID-19. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac, jam 4 pagi.

Salam takziah kepada keluarga pesakit.

Sumber: KKM Putrajaya

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”