Categories: Trending

Terlajak Awal! Gajah Pun Ke Sekolah Tau…

Bayangkaan saat sedang menikmati makanan di kantin,tiba-tiba seekor gajah datang melintas di depan. Apa korang nak buat?

A) Lari

B) Duduk diam

C) Tengok je

Rasanya janganlah terus lari, bertenang dulu ya! Macam kejadian yang berlaku awal pagi tadi. Nasib baik kejadian di awal pagi, bayangkan kalau terjadi waktu pelajar sedang rehat?

Nampaknya kejadian ‘Gajah Masuk Sekolah’ di atas menjadi viral harini! Lokasi bertempat di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid, Sabah.

Kalau dilihat pada gambar di atas, gajah itu seolah-olah sesat kan? Nasib baiklah ketika kejadian, salah seorang kakitangan sekolah belum masuk tidur lagi.

Menurut laporan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan di sekolah itu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS), Datuk Maimunah Suhaibul berkata, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) telah diarahkan untuk melawat lokasi kejadian.

“Saya telah mengarahkan PPD untuk melakukan lawatan di sekolah tersebut. Terdapat kerosakan yang perlu dibaiki.

“Pihak sekolah dan PPD akan menyenaraikan kerosakan yang berlaku,” katanya.

Katanya, pihak sekolah turut meminta bantuan pihak berkuasa dan perhilitan untuk menjaga keselamatan murid dan kakitangan sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V. Shivananthan berkata, telah mengarahkan pasukan polis ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat awal, sekolah tersebut telah beberapa kali diceroboh,” jelasnya.

Mujur tiada siapa yang cedera cuma ada sedikit kerosakan je…Alhamdulillah, syukur!

SGMS Faida