Categories: Oh Lawa

Make Up Anda Mudah Cair? Guna Je Setting Spray! Ini Cara Mudah Untuk Buat Spray Anda Sendiri

Kalau berdiri di tengah panas dengan cuaca macam di Malaysia ni, memang tak sah kalau make up tak cair walaupun sedikit.

Kalau foundation dan bedak lama-lama hilang, tak apa lagi. Kalau eyeshadow gelap anda cair? Tak pasal-pasal mata jadi macam mata panda.

Masa-masa sebeginilah anda perlukan “setting spray”. Ia boleh memberi perlindungan pada make up anda supaya tahan lebih lama. Nescaya anda tak perlu touch up-touch up lagi dah.

clique.adelaidereview.com.au

Kalau anda belum ada setting spray, anda boleh cuba buat sendiri! Guna 3 bahan je!

Anda perlukan:

  • Lebih kurang 120ml air suling
  • 4 sudu kecil gliserin sayuran (vegetable glycerin)
  • 1 botol spray kecil

Cara-caranya:

  1. Masukkan gliserin ke dalam botol spray
  2. Isikan dengan air suling
  3. Goncang sampai dah cukup larut

Dah siap!

Untuk pakai spray ni, semburkan dengan jarak 18 ke 24 inci dari muka. Tak perlu sembur banyak-banyak sampai lencun tau! Kalau tak pasti, praktis dulu.

Sumber: www.yourbeautyblog.com

Ad Ops