Trending By: SGMS Enal March 9, 2019 @ 1:10pm

Terpaksa Batal Contest Pilih Durian Terbaik

Kalau anda mengikuti sosial media minggu ini, pasti anda teringat tentang contest mencari durian yang terbaik. Pemenangnya bakal membawa pulang ganjaran lumayan yang menjadi rebutan.

 Anont Rotthong yang merupakan seorang usahawan ladang durian dari Thailand membuat contest untuk lelaki lelaki di luar sana yang berjaya memilih buah durian yang terbaik.

Beliau dikatakan bakal menghadiahkan wang sebanyak 10 juta bath (RM 1.28 juta), 10 buah kereta, ladang durian dan menjodohkan pemenang dengan anaknya sendiri.

Alasan yang diberikan kenapa menggunakan cara ini ialah tidak mahu perempuannya terlewat untuk berkahwin.

Tapi sayang, ianya terpaksa dibatalkan kerana lebih dari 10,000 orang mahu mencuba nasib sebaik sahaja beliau memuatnaik status di laman facebook. Tidak menyangka mendapat sambutan luar biasa.
 

“Saya sudah tidak mampu untuk melayan deringan telefon bimbit setiap saat. Wahai ‘bakal menantu’ berhenti hubungi saya, biarkan saya berehat”

Namun dalam pada itu, ada seorang calon yang mendapat likes tertinggi di ruangan komen status berkenaan. Beliau adalah Premyosapon Khongsai (28) yang turut menyertakan gambar dirinya.

“Saya benar-benar berminat. Keluarga saya juga menanam dan mempunyai lebih dari 300 pokok durian di daerah Trat”

“Saya sudah terbiasa dengan panasnya matahari atau basahnya hujan. Saya juga boleh memandu trak 10 tayar dan traktor. Tolong pertimbangkan diri saya ya ayah Anont.”

Anont juga telah memberi maklum balas mengenai lelaki itu. Tulis Anont, Premyosapon Khongsai terlalu kacak. Anont risau jejaka berkenaan akan melukakan hati anaknya, Kanjasita Rotthong.

Sumber : Channel News Asia.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 May 2018
Featured Fri, 19 May 2023

Pernah Dikritik ‘Over’ Jumpa Pelakon Korea, Adriana Adnan Jawab Isu Minat Dikaitkan Dengan Agama

Tak salah minat sesuatu perkara tapi kena lah berpada-pada juga kan

Featured Tue, 20 Dec 2022

Comel! Pujukan Anak Izara Aishah Curi Tumpuan – “Mama Please, Please Mama!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang menunjukkan pelakon Izara Aishah sedang merakam gelagat anak sulung, Irisa Alaia yang sedang merayu. Menerusi hantaran tersebut, Irisa sedang memujuk Izara menggunakan suara yang comel. “Mama please, please. I

Featured Fri, 2 Apr 2021

Lebih 10 Tahun Penantian, Pelakon Irwansyah dan Isteri Timang Cahaya Mata

Setelah lebih 10 tahun menantikan kehadiran zuriat, pelakon Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar mengumumkan kelahiran seorang cahaya mata lelaki. Menerusi akaun Instagram, Irwansyah menzahirkan rasa syukur di atas kehadiran anak lelaki sulungnya itu. “Assalamualaikum, anak

Trending Wed, 9 May 2018

#PRU14 : Salam Takziah Kes Kedua Untuk Hari Mengundi 9.5.18

Kes kedua hari ini di Petaling Jaya Selangor, meninggal dunia sewaktu menunggu giliran untuk membuang undi

Trending Mon, 12 Oct 2020

| Live TV

error: Content is protected !!