Categories: Trending

Terperangkap Dalam Gua, 12 Pemain Bola Sepak Thailand Ditemui Selamat

Selepas sembilan hari terperangkap di dalam gua Tham Luang di Chiang Rai, pasukan penyelamat berjaya menjumpai sekumpulan 12 kanak -kanak yang juga pemain bola sepak Thailand serta jurulatih mereka, semalam.

Mangsa ditemui penyelam Britain yang membantu pasukan penyelamat tentera laut Thailand dalam operasi mencari besar – besaran berkenaan.

Menurut laporan, kesemua 13 mangsa terpaksa mencari perlindungan jauh ke dalam kawasan gua bagi mengelak kenaikan paras air mendadak.

Misi kini bertumpu kepada usaha membawa keluar kesemua mangsa dengan selamat.

Terdahulu, operasi pencarian antarabangsa bagi menjejak mangsa berdepan pelbagai kesukaran akibat kenaikan paras air berikutan hujan lebat berterusan, sekaligus menyekat akses ke pintu masuk gua.  -Reuters

SGMS Faida