Categories: Trending

Gunung Agung Kembali ‘Marah’

Meletus lagi! Gunung berapi di Bali meletus dan memaksa penduduk di sekitar meninggalkan rumah masing- masing.

Dalam kejadian itu, gunung Agung di timur laut Bali yang semakin aktif itu mengeluarkan lahar dan abu beberapa kilometer ke udara.

Ini turut memaksa lapangan terbang antarabangsa di kepulauan itu ditutup sementara Jumaat lalu sekaligus mengganggu penerbangan dan menyebabkan ribuan pelancong terkandas.

Agensi mitigasi bencana kebangsaan Indonesia berkata, penduduk mendengar letupan kuat dan melihat bongkah terpelanting keluar sejauh kira-kira dua kilometer dari kawah.

Letusan berlanjutan tujuh minit dan gambar yang disiarkan agensi menunjukkan lahar mengalir dari kawah, menyebabkan tumbuhan terbakar.

“Penduduk mula berpindah secara sukarela,” kata jurucakap agensi, Sutopo Nughoro, menambah lapangan terbang kekal beroperasi dan tiada perubahan pada status amaran gunung berkenaan.

Kali terakhir Gunung Agung meletus kuat adalah pada 1963, apabila lebih 1,000 maut dan beberapa kampung musnah.

Lapangan terbang di Bali dibuka semula Jumaat lalu selepas abu memaksa penutupan sementara dan pembatalan lebih 300 penerbangan. – Reuters

SGMS Faida