“Ada Hikmah Disebalik Apa Yang Terjadi”- Bella Dally Kongsi Tips ‘Move On’

Pelakon Bella Dally yang kini single bagaimanapun,  membuatkan netizen kagum dengan dirinya kerana dilihat sentiasa sabar dan kuat dengan dugaan yang menimpa dirinya sejak awal ramadan lalu akibat perceraian beliau bersama pelakon, Nazim Othman.

Baru-baru ini, menerusi instagram miliknya, Bella dilihat telah berkongsi beberapa video tentang bagaimana untuk kembali bangkit selepas menghadapi episod duka dalam hidup.

 

“Ramai yang tanya saya di Instagram, bagaimana saya kekal positif dan kuat selepas apa yang terjadi kepada saya. Sejujurnya, bukan mudah pada mulanya. Dan, saya pernah menjadi individu yang beremosi dan sebagainya. Namun, saya pujuk diri saya untuk kembali bangkit.

“Tips pertama, kena yakin dan redha dengan ketentuan Allah SWT, saya letakkan mindset apa yang jadi ada hikmah dan Allah sentiasa ada dengan saya. Apa yang membuatkan saya gembira, saya dikelilingi keluarga dan kawan-kawan yang jujur dan ikhlas membantu, mereka menjadi support system saya yang paling kuat. Fokus untuk memperbaiki diri sendiri, saya sayangi diri saya dan terima seadanya.” Jelas Bella

Bella juga cuba untuk menyibukkan diri dengan pelbagai perkara baru seperti berjinak-jinak dalam dunia perniagaan terutamanya menjual biskut homemade yang diberi nama CrumbsbyBella. 

Ternyata tips yang diberi oleh Bella begitu berkesan. Tengok je lah Bella sekarang, lebih tenang dan gembira dengan kehidupan barunya bukan? Apapun, kami di Xtra turut senang hati melihat keadaan Bella di samping keluarga dan kawan-kawan. Semoga perniagaan yang dijalankan oleh Bella terus sukses dan semakin berkembang!

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops