Categories: Trending

Tersalah Letak Gambar Pengantin, Habib Jewels Mohon Maaf

Gara-gara ucapan tahniah yang ditulis menerusi laman sosial barangan kemas Habib, pihak syarikat tampil dengan permohonan maaf selepas melakukan kesilapan. 

Menerusi laman sosial mereka, pihak Habib mengucapkan tahniah kepada pelakon Elfira Loy yang melangsungkan perkahwinan dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu.

Namun begitu, ucapan tahniah itu disertakan dengan sekeping gambar yang memeranjatkan netizen.

Pihak syarikat tampil memohon maaf selepas menyedari kesilapan memuat naik gambar lama Elfira Loy dan Sufian Suhaimi dalam Facebook mereka ketika pasangan selebriti itu diraikan sebagai pasangan dalam satu majlis pertunangan. 

Menerusi satu kenyataan, syarikat itu berkata tujuan asal mereka memuat naik gambar berkenaan adalah bagi meraikan Elfira yang baru melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari lalu.

“Berkenaan gambar salah yang kami muat naik untuk mengucapkan tahniah kepada salah seorang artis tempatan yang baru mendirikan rumahtangga baru-baru ini, ia dilakukan oleh bahagian media sosial.

“Kami meminta maaf kepada artis, suami dan peminatnya atas kesilapan itu dan mendoakan kebahagiaan kepada pasangan itu,” demikian kenyataan Habib Jewels di Facebook rasmi syarikat berkenaan.

Gambar yang dimuat naik itu memaparkan Elfira dan Sufian yang dirakam ketika mereka mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017.

SGMS Faida