Erma berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dibaca oleh pengacara Roslan Shah di siaran langsung (IG), semalam.
“Salam Lan, Erma minta maaf sebab peguam saya tak benarkan buat apa-apa kenyataan tentang isu ini.
“Yang pasti saya tidak bermusuh dengan warga Singapura, saya tidak suka dengan cara perempuan itu mengaibkan orang yang tiada kena mengena dalam kes Aliff.
“Tiada sebab saya nak bermusuh dengan orang Singapura, saya bawa masuk Aaron Aziz dan Adi Putra ke industri ini dan mereka diterima sebab kelakuan mereka baik,” katanya.
Sebelum ini, nama Erma hangat menjadi buah mulut ramai sehingga teruk dikritik akibat dia menyuruh Sarah untuk pulang semula ke Singapura selepas mencetuskan pelbagai kontroversi membabitkan artis tempatan.
Terdahulu, Sarah mendedahkan tangkap layar perbualan mesej naik antar Aliff dan selebriti, Ruhainies di Instagram miliknya sehingga mengejutkan ramai pihak.
Pada Mac lalu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat dalam sebuah kondominum mewah terletak di Ibu Kota, Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Kenduri ‘Selak Kain’ Selebriti Malaysia, Erma Fatima Gesa Sarah Yasmine ‘Get Out’… Minta Artis Terpalit Kontroversi Buat Laporan Polis