Categories: Trending

Tiada Arahan Pengunjung Cameron Highlands Wajib Jalani ‘Swab Test’

Susulan isu yang tular mengenai penutupan premis dan arahan menjalani ujian Covid-19 bagi semua pengunjung Cameron Highlands baru-baru ini, Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) lantas menafikan laporan tersebut pagi ini.

Hanya aktiviti nyahkuman premis perniagaan

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang turut menjelaskan Notis Perintah Tutup Premis yang dimaksudkan sebenarnya dikeluarkan bagi pelaksanaan aktiviti nyahkuman premis perniagaan di samping aktiviti pengesanan kontak rapat juga telah dilakukan selepas satu kes positif dikesan di daerah berkenaan.

Perkara ini turut dikongsi menerusi hantaran di laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 5 Januari 2021.

JKN Pahang menasihati orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang sahih dengan menghubungi Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) di talian 09-5707985 / 7988 ATAU melalui cprc_pahang@moh.gov.my untuk sebarang pertanyaan.

Sumber : Harian Metro, Facebook

Salma Syahbuddin